Nuffnangx

Monday, 27 February 2012

TIPS MENJAGA LAPTOP
Tips Menjaga Laptop
laptop_complete.jpg
Laptop kini menjadi pilihan utama bagi kebanyakan pengguna internet dalam membantu berbagai-bagai aktiviti sehari-hari mereka. Ini adalah semestinya kerana saiznya yang kecil dan sifatnya yang ‘portable’. Meskipun demikian, ternyata tidak semua pemilik ataupun pengguna laptop tahu bagaimana untuk menjaga laptop dan baterinya dengan baik dan betul.

Antara masalah yang dihadapi oleh sebahagian besar pemilik laptop adalah suhu laptop atau bateri menjadi panas, laptop tiba-tiba ‘hang’, laptop mati ketika digunakan dan banyak lagi masalah-masalah yang dihadapi.

Dalam post terdahulu saya ada memberikan tips membeli laptop, kini saya ingin berkongsi pula dengan anda tips menjaga (maintain) laptop dan bateri laptop.

Dalam post terdahulu saya ada memberikan tips membeli laptop, kini saya ingin berkongsi pula dengan anda tips menjaga (maintain) laptop dan bateri laptop.
  • Bateri laptop boleh menjadi panas dalam penggunaan normal sekalipun. Jangan gunakan laptop sambil diletakkan di pangkuan anda.
  • Ketika menggunakan laptop, hindari meletakkan laptop pada permukaan yang lembut, seperti diatas sofa, katil atau karpet. Sebab permukaan seperti itu akan menganggu aliran udara di bagian bawah laptop dan boleh menjadikan laptop overheating.
  • Mencegah sentuhan pada ketika kedudukan bateri yang longgar dengan berbagai jenis objek metal seperti pengepit kertas, duit syiling dan sebagainya.
  • Jangan sampai terjadi tekanan yang berlebihan yang diakibatkan oleh terjatuh, terhantuk, terhimpit ataupun tertumpuk oleh benda berat di laptop atau bateri laptop.
  • Jangan meletakkan laptop di tempat yang boleh menjadi sangat panas, seperti di bawah terik matahari ataupun di dalam kereta yang diletakkan cukup lama di kawasan parking waktu siang hari yang panas.
  • Basah atau terkena air adalah hal yang harus dihindari dari laptop ataupun baterinya. Meskipun nantinya ia akan mengering dan dapat berfungsi normal, circuit di dalam laptop ataupun bateri secara perlahan-lahan akan berkarat dan akan mempengaruhi tahap daya ketahanannya.
  • Pastikan Anda memahami cara menggunakan, menyimpan dan men-charge bateri dan laptop yang telah ditulis di dalam buku manual
Semoga tips kali ini memberi manfaat kepada kita semua.
CAKERA KERAS (HARD DISK)
Cakera keras adalah sekeping logam tetap yang menyimpan data sebagai bintik magnetik. Setiap kepingan logam itu disadur dengan ferum oksida. Keseluruhan unit cakera keras dibungkus dalam kotak dimeterai, yang di dalamnya terdapat cakera keras, satu set pemacu cakera dan motor yang memutarkan cakera. Ini berbeza dengan cakera liut yang cakera dan pemacu cakera terasing. Unit yang mempunyai satu kepala baca/tulis, satu lengan capaian dan satu keping cakera yang termeterai juga dikenali sebagai Pemacu Cakera Winchester (Winchester disk drives).
Permukaan cakera keras dan kepala baca/tulis begitu rapat sehingga sebarang partikel kotoran boleh menjejaskan kelancaran proses baca/tulis dan juga menyebabkan head crash. Kejadian ini akan merosakkan permukaan cakera keras (data akan hilang) dan juga merosakkan kepala baca/tulis.
Kaedah data disimpan pada cakera keras hampir sama dengan kaedah penyimpanan cakera liut iaitu kaedah jejak dan sektor. Bagaimanapun, cakera keras boleh terdiri lebih daripada satu kepingan dan kepala baca/tulis. Bentuk cakera keras sedemikian disebut pek cakera (disk pack). Pek cakera keras boleh terdapat sehingga 12 atau lebih kepingan cakera magnetik. Jika ini keadaannya, satu konsep "silinder (cylinder)" digunakan. Kaedah silinder ini adalah satu kaedah menyimpan data pada jejak yang sama dan pada permukaan cakera yang berlainan.
Terdapat pelbagai variasi cakera keras untuk mikrokomputer:

a) Pemacu Cakera Keras Luaran (External Hard Disk Drives) yang boleh menyimpan bergigabait data.
b) Pengecilan (Miniaturization)
Pemacu cakera keras sekarang lebih tipis daripada yang dahulu (3.5" kepada 1.5") dan juga lebih kecil diameternya (daripada 3.5" atau 5.25" kepada 2.5", 1.8", 1.3"). Pengecilan saiz ini akan membolehkan dua pemacu cakera ditempatkan pada ruang yang sama.
c) Katrij Cakera Keras (Hard Disk Cartridges)
Katrij cakera keras ini mengandungi satu atau dua keping cakera dan pemacu cakeradalam satu kotak plastik keras. Katrij ini seperti cakera keras boleh pindah dan boleh menampung sehingga 1.2 gigabait data. Ia adalah baik digunakan untuk salinan (back up).
Kelebihan cakera keras/Hard disk:
a) Muatan tinggi, disket 1.4MB tetapi hard disk menjangkau 16+ ( Pentium III ).
b) Masa mencapai data dari hard disk cepat, ia dapat mempercepatkan proses
yang hendak dibuat oleh pengguna.
c) Proses merekod data dari hard disk lebih cepat.

Selamat Datang Ke Dunia Yen Lin =)